Sunday, December 30, 2012

PadaMU aku bersujud.

Setiap perasaan adalah satu keindahan. Setiap perasaan mempunyai 1001 erti. Aku sudah melakukan banyak kesalahan yang mengguris hati seseorang yang amat aku sayangi. Entahla, mungkin aku ni sangat jahat, teruk serta nakal sebagai seorang lelaki... Mungkin juga aku sudah jauh dari DIA. Kini pada DIA aku kembali. Pada DIA aku bersujud. Aku sentiasa berharap dan berdoa pada DIA semoga masih terbuka pintu dan ruang serta sokongan untuk aku berubah. Kenapa sekarang baru nak berubah??? Kenapa selepas diberi peluang banyak kali baru nak sedar??? Kerana diriku adalah manusia yang kurang pernah menghargai dan menyukuri nikmat yang diberikan. Kini aku telah sedar dan mungkin semua itu telah terlewat bagiku... Menangis airmata darah sekalipun dia tetap tidak akan kembali padaku. Hanya padaMU YA ALLAH aku bersujud dan berserah. Pepatah mengatakan hidup mesti diteruskan... Tapi mampukah aku hidup tanpa dia disisiku. Dia segalanya bagi aku. Mungkin mudah bagi dia melupakan aku tapi tidak bagi aku. Pengalaman banyak mendewasakan aku dengan 1001 perhubungan yang aku pernah lalui sampai seketika aku pernah terrfikir sampai dimanakah penghujungnya.... Ya ALLAH padamu aku berserah jika dia memang tercipta dari tulang rusukku, dekatlah dia dengan diriku, satukan la hatiku dengan hati dia dan akhirila kan perhubungan kami dengan pernikahan. Amin ya rabbi al amin.

Thursday, December 29, 2011

Tentang LELAKI

Kita selalu lihat dan baca di mana-mana blog atau surat kabar dan majalah yang hanya memaparkan apa yang berkaitan tentang wanita dan apa yang berkaitan tentang wanita. Tapi kali ini aku nak kongsi kisah tentang LELAKI. Lelaki juga mempunyai hati dan perasaan. Kalau wanita hendak dirinya dihargai, disayangi, dicintai dan disenangi oleh lelaki, begitu jugala dengan lelaki yang punya 1 rasa dan 1 nafsu pada wanita.
Selamilah apa yang ada "Tentang LELAKI". ^_^

1. Lelaki biasanya tidak terpikat terhadap wanita disebabkan mereka cantik, tetapi mereka lebih mudah terpikat terhadap personaliti dan keterampilan seseorang itu.

2. Lelaki amat bencikan lelaki lain yang cuba untuk menggoda kekasih mereka.

3. Apa yang sedang awak lakukan? atau Awak dah makan ke belum? adalah merupakan soalan paling kerap akan ditanya ketika mereka menelefon seorang wanita.

4. Lelaki akan sibuk dengan pekerjaan mereka sepanjang hari, tetapi sebelum tidur, pasti mereka akan memikirkan mengenai wanita yang mereka benar-benar sayang.

5. Apabila lelaki benar-benar sayang terhadap seorang wanita, mereka akan mengabaikan semua karakter negatif yang ada pada wanita tersebut.

6. Lelaki akan membuat seribu satu kesimpulan sekiranya seorang wanita senyum kepada mereka.

7. Lelaki sanggup melakukan apa saja untuk mendapatkan perhatian daripada seorang wanita.

8. Lelaki amat benci apabila wanita menceritakan mengenai kisah bekas teman lelaki mereka.

9. Seorang lelaki mampu menyukai wanita untuk seminit, kemudian terus melupakan mereka.

10. Apabila seorang lelaki bersedia untuk berjumpa ibubapa kekasih mereka, ini menunjukkan mereka benar-benar serius.

11. Lelaki juga akan menangis bila hatinya cukup tersentuh tetapi lelaki akan memberi seribu satu alasan untuk mengelak dari wanita mengetahui dirinya menangis.

12. Lelaki akan lebih untuk berusaha memikat wanita yang menolak cinta mereka, ini adalah kerana mereka sukar untuk menerima kekalahan.

13. Jangan sesekali memberikan mereka mesej tergantung seperti “Ada sesuatu nk bgtau
awak ni…. erm… tapi takpela”. Mereka akan membuat seribu satu andaian dan akan berusaha untuk mendapatkan jawapan.

14. Lelaki akan teruja apabila mendapat sentuhan yang tidak diduga.

15. Lelaki akan menjadi gagap apabila bercakap dengan wanita yang mereka suka.

16. Apabila wanita menyatakan tidak, hati lelaki akan menyatakan "ok…. takpe…. cuba lagi esok.."

17. Lelaki amat sayang ibu mereka.

18. Lelaki sanggup mengorbankan makan tengahari mereka semata-mata ingin memberikan wanita beberapa kuntum bunga ros.

19. Lelaki amat sukar untuk difahami melainkan anda seorang pendengar yang setia.

20. Adalah lebih baik anda menguji seorang lelaki itu terlebih dahulu sebelum mempercayainya. Tetapi, pastikan ia tidak mengambil masa yang terlalu lama.

21. Lelaki lebih bersikap terbuka untuk menceritakan hal peribadi mereka.

22. Lelaki amat suka apabila wanita yang menentukan pemakaian mereka.

23. Lelaki tidak suka kekasih mereka mempunyai hubungan dengan orang lain
terutamanya kawan lelaki.

24. Apabila lelaki membelikan hadiah kepada wanita, mereka amat risau sekiranya
hadiah yang mereka berikan tidak disukai.

25. Lelaki lebih banyak berfikir.

26. Imaginasi lelaki tiada had. Mereka mampu untuk membayangkan apa sahaja.

27. Ketinggian wanita adalah tidak penting, apa yang lebih penting adalah berat mereka.

28. Sukar untuk lelaki untuk melepaskan kekasih mereka terutama apabila sudah bercinta melebihi 3 tahun.

29. Lelaki tidak sukakan wanita yang materialistik.

30. Lelaki memiliki semangat yang kuat untuk berubah dan ianya perlu sokongan yang kuat daripada kekasih mereka.

31. Apabila lelaki menceritakan sesuatu yang serius, berikan perhatian yang sepenuhnya. Ia amat penting.

32. Lelaki lebih gemarkan wanita yang pandai memasak.

33. Jangan sombong,kerana ia akan membuatkan lelaki berusaha untuk memalukan anda.

34. Lelaki belajar mengenai cinta melalui pengalaman, bukan seperti wanita yang
belajar mengenai cinta melalui novel yang mereka baca.

35. Lelaki paling tidak suka kekasih mereka keluar bersama lelaki lain berdua walaupun hubungan mereka hanya sekadar kawan.

36. Lelaki akan memaafkan kesalahan yang pertama dibuat, tetapi bukan untuk kesalahan yang kedua.

37. Lelaki tidak suka wanita yang terlampau mengada-ngada.

P/S: Ini apa yang familiar Tentang LELAKI. Kalau masih ada lagi info Tentang LELAKI yang perlu dan boleh dikongsikan, emailkan kepada hansjoe0711@yahoo.com.

"Sharing is Caring"

"Caring is Loving"

"Loving is Understanding"

"Understanding is Married"

"Married is InsyAllah, Happily Ever After."


hansjoe0711@yahoo.com

Monday, October 31, 2011

Just For U My Dear

Ku temukan dalam pencarian

Cinta sejati untuk hidupku

Kurang lebih yang seperti dia

Ku harap dalam cintaku


Ku tak mau menjanjikannya

Pasti bahagia bila denganku

Biar dia rasakan sendiri

Betapa gilanya cintaku...


Siti Marlyana Binti Mohd Yusof a.k.a Yaya. Sayang, Sweetheart, Darling, Buah Hati, Pengarang Jantung dan Bidadariku... Semuanya untuk kamu.. =)
Alhamdulillah, syukur sangat sayang hadir dalam hidup b sebagai teman, penyeri dan pendamping di kala susah, senang dan jatuh serta bangun.

Sayang tahu segalanya apa yang berlaku dalam hidup b di masa susah dan senang serta di masa jatuh dan bangun. B sangat menghargai kehadiran dan pertolongan sayang. Sayang sangat baik dan sempurna dimata, hati dan jiwa b. B doakan yang terbaik dalam kehidupan sayang serta b. Kita sudah berjanji untuk bersama walau apa pun terjadi, walau apa pun dugaan datang kerana inilah cinta terakhir kita.

Sayang...
Maafkan b sangat-sangat kalau selama kita bersama ini, b banyak menyakitkan hati serta menyusahkan sayang..
Semua yang berlaku adakala tidak disengajakan, b juga manusia. B tak lari dari melakukan kesilapan. "Nobody perfect" sayang.. B berjanji akan menjadi yang terbaik untuk sayang. B berjanji menghargai kehadiran sayang selama dan selagi hayat masih ada.

Sayang...
Kata dikota dan janji ditunaikan. B janji tunaikan janji b pada sayang dan pada semua orang iaitu tarikh 1/1/2012. Sayang tahu segalanya tentang tarikh tu kan sayangku.. Hehe! Wish me a good luck and the best yer sayang.. =)

Coretan hatiku dan jiwaku hanya untuk kamu sayangku Siti Marlyana Binti Mohd Yusof.
Dalam mengharungi kehidupan yang penuh warna warni, b yakin kita mampu mengharungi 1001 dugaan yang datang dan akan datang kepada kita untuk membuktikan kehebatan cinta suci kita. Thanks ALLAH S.W.T. because YOU give her to me. I really appreciate it. =).

hansjoe0711@yahoo.com

Saturday, October 1, 2011

Persahabatan

Persahabatan itu Berkawan. Berkawan itu indah. Indah bila dihargai. Indah kerana ada orang yang memahami kita. Persahabatan itu satu perhubungan diantara insan-insan untuk berkenal, berkawan, berdunia dan bersama mengharungi satu perjalanan kehidupan. Dalam bersahabat banyak ranjau suka dan duka akan ditempuhi dan diharungi.

Tapi memang susah hendak dapat kawan yang sama-sama ada pada masa kita susah, tapi sangat senang untuk dapat kawan-kawan pada masa kita senang. Biasala, lumrah kehidupan.
Hidup kita ini ibarat roda. Kejap kita diatas, Kejap Kita dibawah. Kalau berkawan, biar berkawan unntuk selamanya.

Kawan tikam Kawan, Kawan makan Kawan??? Apa semua tu??? Kenapa selalu terjadi permainan macam tu??? Depan baik, tapi belakang umpama manusia jelmaan syaitan. Perlu ke memburuk-burukkan kawan sendiri untuk diri sendiri kelihatan baik??? Perlu ke???

Sakit dan terkilan bila ada kawan macam itu...!!! Bukan senang kita hendak suka orang tapi mudah untuk kita benci orang. Tapi kita perlu ingat sekali kita benci orang, 10 kali orang akan benci kita. Kita cuba jadi baik. Kita cuba ikut rentak semua orang. Kita cuba beri kepuasan dan kegembiraan pada semua orang. Kita cuba lakukan yang terbaik pada semua orang. Tapi kenapa susah sangat untuk semua orang di sekeliling menghargai diri kita??? Terutamanya KAWAN.

Dalam hidup ini, aku susah benci orang. Tapi untuk kali ini, aku dah benci 3 orang yang tidak akan aku maafkan sehingga akhir hayat. 3 orang ini mempunyai sifat persamaan yang sama, sangat sama. Depan nampak baik sangat, tapi dibelakang perghhhh, memang umpama manusia jelmaan syaitan. Cukupla aku dah cukup terkilan kenal dan berkawan dengan 3 orang macam tu.

Aku tak harap lagi korang wujud dalam hidup aku. Tolong pergi jauh dari hidup aku. Aku dah cukup baik menjauhkan diri dari korang, aku dah cukup baik kerana buat tataw hal korang. Tolongla, aku dah tak kenal siapa korang. Tapi sayang diantara 3 ni ada 1 orang yang tak habis-habis menyusahkan hidup aku. Kononnya nak tunjuk dia baik la sangat. Hang ingat aku tak kenal siapa hang??? Hang ingat aku tataw apa hang pernah buat pada aku dan orang lain??? Cukupla!!! Aku sangat-sangat benci dan meluat dengan hang. Hang memang bangkai!!! Hang memang kejam!!! Hang memang manusia jelmaan syaitan!!! Tolongla pergi jauh dari hidup aku...!!! Hang ambik la apa hang nak.. sekalipun bekas aku.!!! Cukup disini kemunculan hang, aku sudah ada hidup aku yang baru. Aku x perlu kawan macam hang lagi, tak perlu sebut nama aku walaupun sekali. Aku pun x pernah ganggu hidup hang. CUKUP..-end-

Persahabatan itu Indah bila dijaga dan dihargai.
Persahabatan itu Erat bila disemai dan dipupuk.
Persahabatan itu Best bila kita rapat dan erat.
Hargai satu Nilai Persahabatan untuk Kehidupan Indah Kekal Selamanya. =)

hansjoe0711@yahoo.com

Wednesday, September 28, 2011

I'm Yours Siti Marlyana Mohd Yusof



U are Mine and I'm yours.


Lama giler tak tulis blog ni.. Haha! Rasa janggal plak. =)
Aku cuma nak tulis tentang seseorang "Yang Terindah" muncul dalam hidup aku.

Pengenalan aku dan dia bermula disini. Di Kota Metropolitan yang penuh dengan suka dan duka yang menyimpan penuh memori pada semua manusia. Tak semuanya indah pada permulaan tapi semuanya berharap pengakhiran yang Terindah.

Aku noktahkan perjalanan aku dalam mencari cinta setelah berjumpa dengan dia. Aku cuba jadi yang terbaik dari yang terbaik untuk dia.

Sekali lagi perkara terbaik dalam hidup aku berlaku, setelah aku melihat dia. Aku rasa aku Jatuh Cinta Pandang Pertama. Di Library Ungku Aziz aku melihat dia. Hanya sekali pandang tanpa dia menoleh melihat aku. Siapa aku untuk dia melihat??? Haha! Aku hanya berfikir, kalau ada jodoh tak kemana, kita pasti bertemu lagi. Haha!

Lepas 1 semester aku bertemu dia kembali, lama jugak la baru aku dapat berjumpa dia. Itu pun sebab ada meeting APC untuk membincangkan tentang last event iaitu Majlis Amal Berbuka Puasa Bersama Anak-Anak Yatim. Aku tak letak harapan yang tinggi sebab aku masih milik orang dan dia juga masih milik orang. Aku tak nak rampas dia dari seseorang sebab aku tak nak dia dirampas dari aku bila kami bersama.

Aku hanya mampu melihat senyuman dan kelembutannya. Indah sangat. Hanya Tuhan yang tahu apa yang aku rasa. Aku tahu aku takkan dapat memilikinya dan aku hanya mampu melihat dia dari jauh, tp hati aku cukup bahagia dan "wink" "wink" bila nampak dia dengan senyuman kelembutan dia. Dia cukup baik dan sangat baik untuk setiap orang di sekelilingnya. Aku hanya selalu memerhatinya tanpa dia menyedari kehadiran mata aku melihatnya.

Aku sangat takut untuk bercakap dengan dia sebab aku takut bila bercakap dengan dia aku akan kehilangan dia. Aku hanya mampu berkawan biasa dengan dia dan hanya berkomunikasi di FACEBOOK.

Jahat ke aku untuk bersama dia??? Aku tahu ramai yang kejar dia, aku kenal sapa yang kejar dia. Aku lepaskan dia untuk semua orang. Aku cuba jauhkan diri dari dia. Aku cuba elakkan mata dari pandang dia setiap kali kami bertentang mata. Aku elakkan diri dari dia untuk semua orang. Demi semua orang bahagia.

Hingga sampai satu masa, aku dan dia meluahkan apa yang kami rasa. WOW!!! Indahnya!!!
Rupa-rupanya cinta aku tidak bertepuk sebelah tangan. Dia rasa apa yang aku rasa selama ni, sejak 1st meeting APC untuk membincangkan tentang last event. Dia hanya pandang aku tanpa menoleh kemana-mana. Lepas itu berlanjutan hingga ke "nature walking" dan sampai sekarang. Best giler dapat tahu dia betul-betul suka aku. Dia nak aku jadi teman hidup dia. WOW!!!! Haha!

Setelah kami bersama, tak semuanya indah seperti yang diharapkan. Kami diberi 1001 dugaan dalam mengharungi perhubungan yang pernuh dengan warna warni. Pedih dan sakit dugaan yang kami lalui. Aku ikhlas menyayangi dan mencintai dia. Aku meluahkan segalanya apa yang pernah berlaku dalam kehidupan aku sebelum ini. Aku jujur menceritakan segalanya dari A-Z. Aku pegang dengan kata-katanya bahawa Tiada Rahsia Diantara Kita. Alhamdulillah dia terima aku seadanya. Segala rahsia aku diluar dan dalam, dia tahu semuanya. Let Bygone, Be Bygone. Thanks ALLAH because give Her to Me.

Aku berjanji atas diri aku sendiri yang aku takkan mempersiakan dia dalam kehidupan aku. Aku berjanji menyayangi dan mencintai dia dengan sepenuh hati. Dia adalah anugerah Yang Terindah yang hadir dalam hidupku. Siti Marlyana Mohd Yusof, aku dambakan kelembutan, senyuman dan segalanya tentang dirimu. Kau Cukup Indah.


Hanya kerna kau yang cukup indah
Untuk dimiliki dan ‘tuk dicintai
Ku tahu kau mahu ada di hati
Untuk didampingi untuk disayangi

Tiada yang lain selain dirimu
Kekal tinggi di hatiku
Tiada pengganti yang mampu ku cari
Yang secantik diri kamu
Cinta ini untuk dirimu
Rasa ini untukmu

*hansjoe0711@yahoo.com*

Saturday, September 11, 2010

JUMPA LAGI


SALAM AIDILFITRI DAN SALAM 1 MALAYSIA…

BERTEMU KITA LAGI SETELAH SEKIAN LAMA AKU TERPAKSA MENYEPI ATAS SEGALA MASALAH YANG MENIMPA. ALHAMDULILLAH DAN AMAT BERSYUKUR KE HADRAT ILLAHI, YANG MAHA ESA BAGI AKU KEKUATAN LAGI UNTUK MENERUSKAN HIDUP DI ATAS MUKA BUMI CIPTAANNYA. WALAUPUN PASRAH DAN KECEWA, NAMUN AKU TEMPUHI JUGA DEMI MASA DEPAN.

AKU LALUI AIDILFITRI KALI INI DENGAN PENUH KESYUKURAN DAN KEGEMBIRAAN ATAS DUGAAN YANG MAHA ESA BAGI PADA AKU WALAUPUN PERIT UNTUK DITELAN. TAPI DUGAAN YANG AKU DAPAT KALI INI ADALAH PALING BESAR AKU PERNAH TERIMA SEPANJANG HIDUP AKU SELAMA 23 TAHUN INI. INI BUKTI YANG MAHA ESA MASIH MENYAYANGI AKU DAN BAGI PERHATIAN PADA AKU. TERIMA KASIH ALLAH S.W.T.
RAMADHAN DAN SYAWAL KALI INI LEBIH BERMAKNA KEPADA AKU KERANA PENGALAMAN KALI INI MEMBUATKAN AKU LEBIH BERHATI-HATI DALAM MEMILIH KAWAN DALAM MENGHARUNGI SUKA DAN DUKA PERJALANAN KEHIDUPAN YANG PENUH WARNA WARNI.

APA YANG AKU RASA DAN LALUI KALI INI MENJADI PENGAJARAN DALAM HIDUP AKU. AKU TAHU DAN AKU SEDAR BAHAWA AKU BUKAN MALAIKAT TAPI SEKURANG-KURANGNYA AKU BERJAYA HIDUP TANPA KEPURA-PURAAN. BIAR HIDUP BERSEORANGAN JANJI KITA BAHAGIA DAN TAK KACAU HIDUP ORANG LAIN. AKU SANGAT GEMBIRA DENGAN HIDUP AKU SEKARANG WALAUPUN SANGAT PERIT UNTUK AKU MELUPAKAN KISAH LALU.

PERIBAHASA MELAYU PERNAH MENGATAKAN,

BERAKIT-RAKIT KE HULU,
BERENANG-RENANG KETEPIAN,
BERSAKIT-SAKIT DAHULU,
BERSENANG-SENANG KEMUDIAN.


APA-APA PUN TERJADI AKU MASIH ADA KELUARGA DAN INSAN - INSAN YANG SUDI MENYAYANGI DAN MENGASIHI DIRI AKU YANG SERBA KEKURANGAN INI. KITA TAK PERLU JADI HIPOKRIT DAN LUPA DIRI SERTA BONGKAK UNTUK BERJAYA, KERANA JATUH DAN BANGUN KITA HANYA KITA YANG RASA. TAPI BERJAYAKAH KITA KALAU KITA HANYA ADA SEMANGAT DAN USAHA TANPA SOKONGAN???

INGATLAH PADA DIRI KITA, HIDUP HANYA SEMENTARA…
HARGAILAH APA YANG ADA DIDEPAN MATA SELAGI ADA…
HIDUP IBARAT RODA, KEJAP KITA DIATAS KEJAP KITA DIBAWAH…
SUSAH DAN SENANG SERTA JATUH DAN BANGUN HANYA KITA YANG RASA…
ZAMAN SEKARANG TUHAN BAYAR “CASH”…
BEZANYA CEPAT ATAU LAMBAT SAHAJA…
TUNGGU DAN LIHAT SAHAJA.

U GOT WHAT U PAY, U PAY WHAT U GOT.

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI...
MAAF ZAHIR DAN BATIN..

Saturday, August 7, 2010

KEMBALI PULANG

Argghhh.. Peritnya hidup atas segala yang berlaku...
Aku tak boleh hidup tanpa kau disisiku...
Aku dambakan kasih yang tulus ikhlas darimu...
Aku tetap nak kau balik pada aku sekarang dan untuk selamanya...
Hidup aku dah hancur dan jatuh tanpa kasih kau disisiku...

Sekarang baru aku tau betapa sakitnya erti perpisahan yang tak direlai...
Mata aku tak bisa pejam lagi...
Hati aku amat sakit dan kecewa...
Jiwa aku amat terseksa...
Inikah permainan dunia cinta...
Setiap orang akan cuba amik kesempatan dalam kesempitan orang lain..

YA ALLAH, ya tuhanku... Berikan lah aku petunjuk..
Buka dan lembutlah hati dia untuk aku..
Beri peluang terakhir untuk aku menebus segala kesilapan yang lalu...
Agar aku jadi yang amat terbaik untuknya..
Aku tak mungkin pergi dengan hati yang tenang tanpa dia disisiku untuk selamanya...
Aku nak membahagiakan dia untuk selamanya...
Itu sumpah aku atas diri aku.

Berikan aku masa, itulah ayat yang selalu keluar dari mulut kau..
Aku bukan mendesak kau untuk menerimaku...
Tapi aku tulus ikhlas mencintai dan menyayangi kau lebih dari orang lain yang cuba mengambil kau dari aku...
Itu yang aku rasakan dari hatiku yang tak pernah berhenti mencintaimu...

Sampai kapan sekalipun, aku tak mungkin berhenti mencintai kau untuk selamanya...
Memang aku tahu kau selalu bercakap, kau tak mungkin terima aku kembali atas kesilapan aku yang lalu...
Aku dah berubah untuk kau, sayang...
Ini peluang terakhir yang aku pinta dari kau, sayang...
Aku bersumpah atas diri aku sendiri yang aku takkan mensia-siakannya...

KEMBALI PULANG la kau padaku sayang..

Kekasih yang dulu hilang
Kini dia tlah kembali pulang
Akan ku bawa dia terbang
Damai bersama bintang

Kekasih yang dulu hilang
Kini dia tlah kembali pulang
Betapa senang ku dendangkan
Dan takkan ku lepaskan

-EnD-