Wednesday, September 28, 2011

I'm Yours Siti Marlyana Mohd Yusof



U are Mine and I'm yours.


Lama giler tak tulis blog ni.. Haha! Rasa janggal plak. =)
Aku cuma nak tulis tentang seseorang "Yang Terindah" muncul dalam hidup aku.

Pengenalan aku dan dia bermula disini. Di Kota Metropolitan yang penuh dengan suka dan duka yang menyimpan penuh memori pada semua manusia. Tak semuanya indah pada permulaan tapi semuanya berharap pengakhiran yang Terindah.

Aku noktahkan perjalanan aku dalam mencari cinta setelah berjumpa dengan dia. Aku cuba jadi yang terbaik dari yang terbaik untuk dia.

Sekali lagi perkara terbaik dalam hidup aku berlaku, setelah aku melihat dia. Aku rasa aku Jatuh Cinta Pandang Pertama. Di Library Ungku Aziz aku melihat dia. Hanya sekali pandang tanpa dia menoleh melihat aku. Siapa aku untuk dia melihat??? Haha! Aku hanya berfikir, kalau ada jodoh tak kemana, kita pasti bertemu lagi. Haha!

Lepas 1 semester aku bertemu dia kembali, lama jugak la baru aku dapat berjumpa dia. Itu pun sebab ada meeting APC untuk membincangkan tentang last event iaitu Majlis Amal Berbuka Puasa Bersama Anak-Anak Yatim. Aku tak letak harapan yang tinggi sebab aku masih milik orang dan dia juga masih milik orang. Aku tak nak rampas dia dari seseorang sebab aku tak nak dia dirampas dari aku bila kami bersama.

Aku hanya mampu melihat senyuman dan kelembutannya. Indah sangat. Hanya Tuhan yang tahu apa yang aku rasa. Aku tahu aku takkan dapat memilikinya dan aku hanya mampu melihat dia dari jauh, tp hati aku cukup bahagia dan "wink" "wink" bila nampak dia dengan senyuman kelembutan dia. Dia cukup baik dan sangat baik untuk setiap orang di sekelilingnya. Aku hanya selalu memerhatinya tanpa dia menyedari kehadiran mata aku melihatnya.

Aku sangat takut untuk bercakap dengan dia sebab aku takut bila bercakap dengan dia aku akan kehilangan dia. Aku hanya mampu berkawan biasa dengan dia dan hanya berkomunikasi di FACEBOOK.

Jahat ke aku untuk bersama dia??? Aku tahu ramai yang kejar dia, aku kenal sapa yang kejar dia. Aku lepaskan dia untuk semua orang. Aku cuba jauhkan diri dari dia. Aku cuba elakkan mata dari pandang dia setiap kali kami bertentang mata. Aku elakkan diri dari dia untuk semua orang. Demi semua orang bahagia.

Hingga sampai satu masa, aku dan dia meluahkan apa yang kami rasa. WOW!!! Indahnya!!!
Rupa-rupanya cinta aku tidak bertepuk sebelah tangan. Dia rasa apa yang aku rasa selama ni, sejak 1st meeting APC untuk membincangkan tentang last event. Dia hanya pandang aku tanpa menoleh kemana-mana. Lepas itu berlanjutan hingga ke "nature walking" dan sampai sekarang. Best giler dapat tahu dia betul-betul suka aku. Dia nak aku jadi teman hidup dia. WOW!!!! Haha!

Setelah kami bersama, tak semuanya indah seperti yang diharapkan. Kami diberi 1001 dugaan dalam mengharungi perhubungan yang pernuh dengan warna warni. Pedih dan sakit dugaan yang kami lalui. Aku ikhlas menyayangi dan mencintai dia. Aku meluahkan segalanya apa yang pernah berlaku dalam kehidupan aku sebelum ini. Aku jujur menceritakan segalanya dari A-Z. Aku pegang dengan kata-katanya bahawa Tiada Rahsia Diantara Kita. Alhamdulillah dia terima aku seadanya. Segala rahsia aku diluar dan dalam, dia tahu semuanya. Let Bygone, Be Bygone. Thanks ALLAH because give Her to Me.

Aku berjanji atas diri aku sendiri yang aku takkan mempersiakan dia dalam kehidupan aku. Aku berjanji menyayangi dan mencintai dia dengan sepenuh hati. Dia adalah anugerah Yang Terindah yang hadir dalam hidupku. Siti Marlyana Mohd Yusof, aku dambakan kelembutan, senyuman dan segalanya tentang dirimu. Kau Cukup Indah.


Hanya kerna kau yang cukup indah
Untuk dimiliki dan ‘tuk dicintai
Ku tahu kau mahu ada di hati
Untuk didampingi untuk disayangi

Tiada yang lain selain dirimu
Kekal tinggi di hatiku
Tiada pengganti yang mampu ku cari
Yang secantik diri kamu
Cinta ini untuk dirimu
Rasa ini untukmu

*hansjoe0711@yahoo.com*