Sunday, December 30, 2012

PadaMU aku bersujud.

Setiap perasaan adalah satu keindahan. Setiap perasaan mempunyai 1001 erti. Aku sudah melakukan banyak kesalahan yang mengguris hati seseorang yang amat aku sayangi. Entahla, mungkin aku ni sangat jahat, teruk serta nakal sebagai seorang lelaki... Mungkin juga aku sudah jauh dari DIA. Kini pada DIA aku kembali. Pada DIA aku bersujud. Aku sentiasa berharap dan berdoa pada DIA semoga masih terbuka pintu dan ruang serta sokongan untuk aku berubah. Kenapa sekarang baru nak berubah??? Kenapa selepas diberi peluang banyak kali baru nak sedar??? Kerana diriku adalah manusia yang kurang pernah menghargai dan menyukuri nikmat yang diberikan. Kini aku telah sedar dan mungkin semua itu telah terlewat bagiku... Menangis airmata darah sekalipun dia tetap tidak akan kembali padaku. Hanya padaMU YA ALLAH aku bersujud dan berserah. Pepatah mengatakan hidup mesti diteruskan... Tapi mampukah aku hidup tanpa dia disisiku. Dia segalanya bagi aku. Mungkin mudah bagi dia melupakan aku tapi tidak bagi aku. Pengalaman banyak mendewasakan aku dengan 1001 perhubungan yang aku pernah lalui sampai seketika aku pernah terrfikir sampai dimanakah penghujungnya.... Ya ALLAH padamu aku berserah jika dia memang tercipta dari tulang rusukku, dekatlah dia dengan diriku, satukan la hatiku dengan hati dia dan akhirila kan perhubungan kami dengan pernikahan. Amin ya rabbi al amin.