Saturday, September 11, 2010

JUMPA LAGI


SALAM AIDILFITRI DAN SALAM 1 MALAYSIA…

BERTEMU KITA LAGI SETELAH SEKIAN LAMA AKU TERPAKSA MENYEPI ATAS SEGALA MASALAH YANG MENIMPA. ALHAMDULILLAH DAN AMAT BERSYUKUR KE HADRAT ILLAHI, YANG MAHA ESA BAGI AKU KEKUATAN LAGI UNTUK MENERUSKAN HIDUP DI ATAS MUKA BUMI CIPTAANNYA. WALAUPUN PASRAH DAN KECEWA, NAMUN AKU TEMPUHI JUGA DEMI MASA DEPAN.

AKU LALUI AIDILFITRI KALI INI DENGAN PENUH KESYUKURAN DAN KEGEMBIRAAN ATAS DUGAAN YANG MAHA ESA BAGI PADA AKU WALAUPUN PERIT UNTUK DITELAN. TAPI DUGAAN YANG AKU DAPAT KALI INI ADALAH PALING BESAR AKU PERNAH TERIMA SEPANJANG HIDUP AKU SELAMA 23 TAHUN INI. INI BUKTI YANG MAHA ESA MASIH MENYAYANGI AKU DAN BAGI PERHATIAN PADA AKU. TERIMA KASIH ALLAH S.W.T.
RAMADHAN DAN SYAWAL KALI INI LEBIH BERMAKNA KEPADA AKU KERANA PENGALAMAN KALI INI MEMBUATKAN AKU LEBIH BERHATI-HATI DALAM MEMILIH KAWAN DALAM MENGHARUNGI SUKA DAN DUKA PERJALANAN KEHIDUPAN YANG PENUH WARNA WARNI.

APA YANG AKU RASA DAN LALUI KALI INI MENJADI PENGAJARAN DALAM HIDUP AKU. AKU TAHU DAN AKU SEDAR BAHAWA AKU BUKAN MALAIKAT TAPI SEKURANG-KURANGNYA AKU BERJAYA HIDUP TANPA KEPURA-PURAAN. BIAR HIDUP BERSEORANGAN JANJI KITA BAHAGIA DAN TAK KACAU HIDUP ORANG LAIN. AKU SANGAT GEMBIRA DENGAN HIDUP AKU SEKARANG WALAUPUN SANGAT PERIT UNTUK AKU MELUPAKAN KISAH LALU.

PERIBAHASA MELAYU PERNAH MENGATAKAN,

BERAKIT-RAKIT KE HULU,
BERENANG-RENANG KETEPIAN,
BERSAKIT-SAKIT DAHULU,
BERSENANG-SENANG KEMUDIAN.


APA-APA PUN TERJADI AKU MASIH ADA KELUARGA DAN INSAN - INSAN YANG SUDI MENYAYANGI DAN MENGASIHI DIRI AKU YANG SERBA KEKURANGAN INI. KITA TAK PERLU JADI HIPOKRIT DAN LUPA DIRI SERTA BONGKAK UNTUK BERJAYA, KERANA JATUH DAN BANGUN KITA HANYA KITA YANG RASA. TAPI BERJAYAKAH KITA KALAU KITA HANYA ADA SEMANGAT DAN USAHA TANPA SOKONGAN???

INGATLAH PADA DIRI KITA, HIDUP HANYA SEMENTARA…
HARGAILAH APA YANG ADA DIDEPAN MATA SELAGI ADA…
HIDUP IBARAT RODA, KEJAP KITA DIATAS KEJAP KITA DIBAWAH…
SUSAH DAN SENANG SERTA JATUH DAN BANGUN HANYA KITA YANG RASA…
ZAMAN SEKARANG TUHAN BAYAR “CASH”…
BEZANYA CEPAT ATAU LAMBAT SAHAJA…
TUNGGU DAN LIHAT SAHAJA.

U GOT WHAT U PAY, U PAY WHAT U GOT.

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI...
MAAF ZAHIR DAN BATIN..

Saturday, August 7, 2010

KEMBALI PULANG

Argghhh.. Peritnya hidup atas segala yang berlaku...
Aku tak boleh hidup tanpa kau disisiku...
Aku dambakan kasih yang tulus ikhlas darimu...
Aku tetap nak kau balik pada aku sekarang dan untuk selamanya...
Hidup aku dah hancur dan jatuh tanpa kasih kau disisiku...

Sekarang baru aku tau betapa sakitnya erti perpisahan yang tak direlai...
Mata aku tak bisa pejam lagi...
Hati aku amat sakit dan kecewa...
Jiwa aku amat terseksa...
Inikah permainan dunia cinta...
Setiap orang akan cuba amik kesempatan dalam kesempitan orang lain..

YA ALLAH, ya tuhanku... Berikan lah aku petunjuk..
Buka dan lembutlah hati dia untuk aku..
Beri peluang terakhir untuk aku menebus segala kesilapan yang lalu...
Agar aku jadi yang amat terbaik untuknya..
Aku tak mungkin pergi dengan hati yang tenang tanpa dia disisiku untuk selamanya...
Aku nak membahagiakan dia untuk selamanya...
Itu sumpah aku atas diri aku.

Berikan aku masa, itulah ayat yang selalu keluar dari mulut kau..
Aku bukan mendesak kau untuk menerimaku...
Tapi aku tulus ikhlas mencintai dan menyayangi kau lebih dari orang lain yang cuba mengambil kau dari aku...
Itu yang aku rasakan dari hatiku yang tak pernah berhenti mencintaimu...

Sampai kapan sekalipun, aku tak mungkin berhenti mencintai kau untuk selamanya...
Memang aku tahu kau selalu bercakap, kau tak mungkin terima aku kembali atas kesilapan aku yang lalu...
Aku dah berubah untuk kau, sayang...
Ini peluang terakhir yang aku pinta dari kau, sayang...
Aku bersumpah atas diri aku sendiri yang aku takkan mensia-siakannya...

KEMBALI PULANG la kau padaku sayang..

Kekasih yang dulu hilang
Kini dia tlah kembali pulang
Akan ku bawa dia terbang
Damai bersama bintang

Kekasih yang dulu hilang
Kini dia tlah kembali pulang
Betapa senang ku dendangkan
Dan takkan ku lepaskan

-EnD-

Friday, August 6, 2010

CINTA TERAKHIR

U pay what u got, U got what u pay...
Sesuai dengan nama blog ni...
Aku yang terima semuanya.. Memang aku layak untuk semua ni...
Tak sangka berakhir sampai disini... Memang tragis dan sadis..
Apakan daya aku hanya manusia biasa pasti akan terlibat dalam permainan percintaan..

Ini adalah realiti kehidupan yang berlaku dalam hidup aku sendiri...
Aku yang memulakan segalanya.. Aku juga yang patut mengakhirinya...
Aku datang secara baik, Aku akan pulang secara baik..
Dari tanah aku datang, Pada tanah juga aku akan kembali...

Aku anggapkan ini adalah cinta terakhir dalam hidup aku..
CINTA yang membuatkan aku jatuh tersungkur tanpa boleh bangun kembali..
CINTA adalah harta setiap insan berkasih yang PALING AGUNG...
Aku bersyukur dapat merasainya walaupun yang terakhir kerana ia adalah
CINTA PANDANG PERTAMA aku..

Terbaikla dapat merasai erti CINTA PANDANG PERTAMA...
Indah sangat CINTA PANDANG PERTAMA umpama dunia ini aku yang punya.. Hehehe..
Indah dan Terbaiknya kerana tak semua insan dalam alam ciptaan YANG MAHA ESA ini akan merasainya... Kebanyakan CINTA biasa akan dimulakan dengan permulaan perkenalaan yang biasa untuk memulakan sesuatu perjalanan dalam kehidupan yg penuh dengan warna warni ini...

Panas yang ku sangkakan kekal sampai ke petang, tapi hujan pula di tengahari...
Sumanya mungkin salah aku yang pentingkan diri sendiri tanpa memikirkan CINTA HATI aku... CINTA adalah satu perjanjian yang dibuat dari hati ke hati untuk kekal hidup bersama untuk selamanya..

Aku bersalah kerana mempersiakan CINTA yang diberi pada aku...
Walaupun pada hakikatnya terjadi semuanya atas diri kita sendiri...
Tapi aku memang rela dipersalahkan atas semuanya yang berlaku kerana kesibukan diri sendiri dan perangai aku yang sentiasa buat dia rasa susah dan seksa bila bersama aku..

Tapi aku harap sangat dia fahami pengertian aku ini...
Setiap insan punya perasaan untuk berjaya dan meningkatkan kualiti diri..
Setiap cinta perlukan pengorbanan..
Walau sakit dan sedihnya aku rasa..
Sanggup berpisah dan undur diri demi kebahagiaan kamu dengan dia dan persahabatan aku, dia dan kamu..
Asal kau bahagia oh GADIS..
Demi masa depan yang masih panjang...

Aku akan pergi jauh dari kamu dan dia demi segalanya...
Aku berharap kau takkan rasa menyesal macam saat kau mengenali dan berkasih dgn aku..
Aku bukan yang terbaik dan mugkin bukan tercipta untuk mu...
Perhubungan ini yang kau pilih walaupun amat menyakitkan dan menyeksa jiwa aku...
Aku rela tersiksa janji kau bahagia...
Lagipun aku bukan malaikat untuk kau yang dambakan pendamping yang sempurna dari segala aspek sudut kehidupan dunia...

Aku hanyalah insan yang tak punya apa-apa melainkan diri aku sendiri yang serba kekurangan dan penuh kelemahan...
Aku hanyala manusia biasa yang melalui fasa perubahan untuk diri sendiri demi masa depan kita berdua...
Tapi aku hanya berhak merancang, YANG MAHA ESA yang menentukan..
Walaupun aku dijatuhkan dari segala segi untuk mengecapi kejayaan, aku akan kuatkan kaki untuk berdiri melawan segalanya..
Niat aku baik, walaupun disalah ertikan..
Tak pernah terlintas dihatiku untuk mencabar KREADIBILITI sesiapa..
Tapi semua ini berlaku dengan cukup sempurna untuk menjatuhkan sampai aku terus tersungkur...
Terima Kasih PERSAHABATAN yang cukup indah untuk dihargai tapi dinodai
dengan perasaan yang tak sempurna..

Perhubungan yang sempurna datang dari cinta hati yang tulus..
Bukan dari dendam yang tersimpan lama dilubuk hati yang kecewa..
Moga-moga kau bahagia dengan dia untuk selamanya..
Cukupla aku simpan kenangan indah kita berdua..
Akan kubawa selamanya selagi jasad dikandung badan..

U Got What U Pay, U Pay What U Got
-hansjoe@vip.syok.org-

Sunday, June 27, 2010

Hargailah Apa Yang Ada Dengan Kita Sekarang

Segalanya bermula tanpa aku sedari, tapi akhirnya aku memahami apa yang tersurat dan tersirat dalam CINTA. Semuanya indah pada permulaan bercinta dan mencintai tetapi kesudahannya tak selalunya indah seperti yang kita harapkan.

Aku nak kongsi satu kisah cinta yang menarik walaupun tak seindah kisah LAGENDA BUDAK SETAN.

Aku ada seorang kawan yang baru je putus cinta dgn seorang GADIS ataupun dlm bahasa remp-it, CHIKARO . Kawan aku ni memang macam orang gila dlm kesedihan dah sejak2 putus cinta ni. Dekat 1 minggu juga la aku tgk kesedihannya. Tiba2 lepas seminggu tu aku tgk dia dh ok. Rupa2nya ada BUNGA yg ubati hatinya yg luka. Bagusla aku fikir.

Selepas tak sampai sebulan, kawan aku dtg bgtau kisah dia. Dia cter pd aku yg BUNGA yg ubati hati dia tu dah berpunya. Frust menonggeng gak kawan aku ni. HAHAHA... Sian dia aku tgk. Dia kata LELAKI tu nak jumpa dia. Dia pun pi jumpa LELAKI tu dgn GENTLEMANnya. Mula2 dalam fikiran dia mmg nak jadi gaduh dah ni. Tp yang penting bukan salah dia. Dia tak rampas BUNGA tu dari LELAKI tu. Pada permulaan perkenalan dia dengan BUNGA tu, memang BUNGA tu sendiri yg cakap SINGLE AND AVAILABLE.

Bila dia pi jumpa LELAKI tu, gambaran dia memang gaduh tp sangkaan dia salah. LELAKI tu jumpa dan bincang dgn dia secara baik. Perghhh.. Memang respect la sama LELAKI tu.
Bleh setel baik2. Last sekali LELAKI tu suruh BUNGA tu pilih antara dia atau kawan aku.
OF COURSE la BUNGA tu pilih kawan aku sbb dia mmg dh mula sayang pada kawan aku.
Kawan aku pun rasa bahagia.

Bila sampai rumah, kawan aku fikir dan rasa bersalah kerana bercinta dan mencintai BUNGA tu.
Kawan aku fikir mcm dia jadi org ketiga plak antara hubungan BUNGA tu dgn LELAKI tu.
Fikir punya fikir, kawan aku tarik diri dari perhubungan ini. Kebetulan la pulak, LELAKI tu call kwn aku dan luahkan perasaan dia atas apa yg dia rasa sekarang. LELAKI tu betul2 sayangkan BUNGA tu.

Kawan aku tekad dan berjanji nk bantu LELAKI tu dapatkn balik BUNGA tu. Kawan aku pun buatla 1 rancangan utk bantu LELAKI tu dapatkan BUNGA tu. Rancangannya hanya mereka je yg tahu. Kawan aku cakap Just Plan A and no backup plan. Aku pun tak faham. Tapi yang penting menjadi. Tiba2 esoknya BUNGA tu hantar msg pada kawan aku "Knp awk tpu sy..thankz awk memang trbaik r..". Kawan aku terus tersentak dan blurrrr... HAHA..
Kawan aku terus minta penjelasan dr BUNGA tu melalui SMS dan CALL. Mudah je BUNGA tu ckp, "awak kan nk jumpa dia mlm ni, so awk tnya la dia".

Bila malam kawan aku jumpa LELAKI tu, LELAKI tu terus minta maaf pd kawan aku kerana dh bgtau BUNGA ttg rancangan tu. Kawan aku pun terus mati akal, niat nk tolong diaorg tp mcm dh semakin susah. Kawan aku hanya mampu ckp dia jnji akan tlg juga smpai diaorg bersama kembali. Kawan aku minta lelaki tu berubah jd yg lebih baik pd perempuan tu sbb punca pergaduhan smpai diaorg putus adalah dari LELAKI tu dan BUNGA tu sendiri yg keras hati dan degil. Biasala perempuan ingin diri dimanjai dan disayangi selalu, tp diaorg pun patut fikir, lelaki pun ingin dimanjai dan disayangi juga. Dalam perhubungan manusia ni perlu ada dan mesti ada
saling bertolak ansur, saling sayang menyayangi, saling percaya mempercayai, saling bantu membantu, dan sifat KEJUJURAN serta KEIKHLASAN dalam perhubungan.

Kesudahan CERITA CINTA ni masih tatau apa kesudahannya......

Yang aku tahu, BUNGA tu memang baik. LELAKI tu pun memang baik. Kawan aku pun baik.
Aku memang berharap endingnya TERBAIK dari LADANG. :)