Sunday, June 27, 2010

Hargailah Apa Yang Ada Dengan Kita Sekarang

Segalanya bermula tanpa aku sedari, tapi akhirnya aku memahami apa yang tersurat dan tersirat dalam CINTA. Semuanya indah pada permulaan bercinta dan mencintai tetapi kesudahannya tak selalunya indah seperti yang kita harapkan.

Aku nak kongsi satu kisah cinta yang menarik walaupun tak seindah kisah LAGENDA BUDAK SETAN.

Aku ada seorang kawan yang baru je putus cinta dgn seorang GADIS ataupun dlm bahasa remp-it, CHIKARO . Kawan aku ni memang macam orang gila dlm kesedihan dah sejak2 putus cinta ni. Dekat 1 minggu juga la aku tgk kesedihannya. Tiba2 lepas seminggu tu aku tgk dia dh ok. Rupa2nya ada BUNGA yg ubati hatinya yg luka. Bagusla aku fikir.

Selepas tak sampai sebulan, kawan aku dtg bgtau kisah dia. Dia cter pd aku yg BUNGA yg ubati hati dia tu dah berpunya. Frust menonggeng gak kawan aku ni. HAHAHA... Sian dia aku tgk. Dia kata LELAKI tu nak jumpa dia. Dia pun pi jumpa LELAKI tu dgn GENTLEMANnya. Mula2 dalam fikiran dia mmg nak jadi gaduh dah ni. Tp yang penting bukan salah dia. Dia tak rampas BUNGA tu dari LELAKI tu. Pada permulaan perkenalan dia dengan BUNGA tu, memang BUNGA tu sendiri yg cakap SINGLE AND AVAILABLE.

Bila dia pi jumpa LELAKI tu, gambaran dia memang gaduh tp sangkaan dia salah. LELAKI tu jumpa dan bincang dgn dia secara baik. Perghhh.. Memang respect la sama LELAKI tu.
Bleh setel baik2. Last sekali LELAKI tu suruh BUNGA tu pilih antara dia atau kawan aku.
OF COURSE la BUNGA tu pilih kawan aku sbb dia mmg dh mula sayang pada kawan aku.
Kawan aku pun rasa bahagia.

Bila sampai rumah, kawan aku fikir dan rasa bersalah kerana bercinta dan mencintai BUNGA tu.
Kawan aku fikir mcm dia jadi org ketiga plak antara hubungan BUNGA tu dgn LELAKI tu.
Fikir punya fikir, kawan aku tarik diri dari perhubungan ini. Kebetulan la pulak, LELAKI tu call kwn aku dan luahkan perasaan dia atas apa yg dia rasa sekarang. LELAKI tu betul2 sayangkan BUNGA tu.

Kawan aku tekad dan berjanji nk bantu LELAKI tu dapatkn balik BUNGA tu. Kawan aku pun buatla 1 rancangan utk bantu LELAKI tu dapatkan BUNGA tu. Rancangannya hanya mereka je yg tahu. Kawan aku cakap Just Plan A and no backup plan. Aku pun tak faham. Tapi yang penting menjadi. Tiba2 esoknya BUNGA tu hantar msg pada kawan aku "Knp awk tpu sy..thankz awk memang trbaik r..". Kawan aku terus tersentak dan blurrrr... HAHA..
Kawan aku terus minta penjelasan dr BUNGA tu melalui SMS dan CALL. Mudah je BUNGA tu ckp, "awak kan nk jumpa dia mlm ni, so awk tnya la dia".

Bila malam kawan aku jumpa LELAKI tu, LELAKI tu terus minta maaf pd kawan aku kerana dh bgtau BUNGA ttg rancangan tu. Kawan aku pun terus mati akal, niat nk tolong diaorg tp mcm dh semakin susah. Kawan aku hanya mampu ckp dia jnji akan tlg juga smpai diaorg bersama kembali. Kawan aku minta lelaki tu berubah jd yg lebih baik pd perempuan tu sbb punca pergaduhan smpai diaorg putus adalah dari LELAKI tu dan BUNGA tu sendiri yg keras hati dan degil. Biasala perempuan ingin diri dimanjai dan disayangi selalu, tp diaorg pun patut fikir, lelaki pun ingin dimanjai dan disayangi juga. Dalam perhubungan manusia ni perlu ada dan mesti ada
saling bertolak ansur, saling sayang menyayangi, saling percaya mempercayai, saling bantu membantu, dan sifat KEJUJURAN serta KEIKHLASAN dalam perhubungan.

Kesudahan CERITA CINTA ni masih tatau apa kesudahannya......

Yang aku tahu, BUNGA tu memang baik. LELAKI tu pun memang baik. Kawan aku pun baik.
Aku memang berharap endingnya TERBAIK dari LADANG. :)